Ngauman enjin kereta kebal Israel yang bersiponggang diudara Pashto seolah-olah gendang perang yang perlahan-lahan mula dialunkan, hingarnya semakin menguasai atmosfera, menggetarkan jantung semua manusia, bulu roma yang wujud tegak seakan-akan mahu bercerai dari badan, semangat meremang keseluruh jasad dialirkan ke setiap pembuluh darah menjadikan ketakutan luput dari perasaan. Hangatnya semangat menguasai tubuh sepertimana seorang pesilat yang naik semangat setelah mendengar nafiri dimainkan. Dinginnya cuaca musim sejuk di perlembangan Indus kini tidak lagi menjadi kesan pada diri Ridzuan. Inilah saat yang dinanti-nantikan, saat yang akan kuceritakan pada anak cucuku, cerita seorang pejuang yang mencari keredhoan Allah, pejuang yang tidak mengharapkan harta, tidak mengharapkan namanya didendangkan, bukan atas dasar bangsa, ideology dunia mahupun kawasan. Perjuangan ini hanyalah satu, untuk menegakkan kalimah Allah
-----------------
Razeen meniarap dan berpura-pura mati, ini bukannya saat yang baik untuk mati, wahai Izrael janganlah kau renggut nyawaku ini pada masa ini dan ditempat ini, tidak sehingga aku sekurang-kurangnya halau Yahudi dari bumi ini. Dengarkanlah rayuanku ini wahai Izrael si peragut nyawa, tidak melainkan dengan arahan dari Allah, bila tiba masanya aku redha.
Dalam kekaburan asap sulphur, Redha mencari-cari sesuatu. Meskipun topeng pelindung gas telah dipakai, namun kuasa asap pembunuh itu bagai mampu menyusup kedalam rongga badan yang terdedah dengan udara. Sambil AK18 ditatang selaras mata membidik segenap pusingan badan yang mampu. Kebiasaannya tentera musuh akan menyerang setelah serangan pertama dilepaskan. Kali ni serangan pertama berbentuk bom sulphur, bacul sungguh si Yahudi, masih menggunakan taktik yang sama di Palestin. Namun gerila 46 sudah bersedia dengan topeng gas, manakan tidak Hammada si mujahid Palestin awal-awal lagi memberi amaran tentang taktik lapuk itu. Namun akibat kekurangan bekalan topeng gerila 25 tidak sempat dibekalkan, kerana komander Razeen telah terlebih dahulu melancarkan serangan. Bekalan amuniti dan keselamatan ke kawasan pasar Saidah Zainab tersekat dek pengeboman tanpa henti dari infantry ke 8 Zav Vedar yang berpusat di Giza. Hati Redha bertambah gusar memikirkan keselamatan Razeen , kalaulah dia gugur bagaimana harus diterangkan kepada ummi perkara ini. Ziva yang tetap berada disisi juga dalam posisi membidik, berusaha melindungi dirinya dan diri insan istimewa. Jarak dari Khan Al-Khalili ke Saidah Zainab sekiranya berjalan mungkin akan sampai dalam masa 20 minit, tapi 20 minit itu bagi Redha bagai 20 jam, sambil kakinya tega melangkah kehadapan, matanya tetap meliar, muncung AK masih terawang-awang diudara menanti dimuntahkan peluru kedada Yahudi walau dari mana infantry sekalipun. Ziva sempat mengerling jam tangannya... “sudah hampir 10 minit serangan pertama dilancarkan namun tiada tanda-tanda tentera darat akan menyusul, mungkin ini hanya serangan olok-olok si Yahudi, mereka sememangnya tidak kisah untuk membazir peluru atau senjata kerana sumber kewangan mereka sentiasa dipenuhi dengan wang, termasuk wang yang disumbang oleh orang Islam sendiri.
Ziva memberi isyarat tangan kepada Redha menandakan waktu berjaga-jaga telah tamat, mereka bebas untuk menanggalkan topeng gas dan menurunkan laras senapang. Topeng gas redha yang dipenuhi wap dari nafasnya sendiri mencipta jaluran air nipis di dinding kaca topengnya. Alhamdulillah lega rasanya dapat menanggalkan topeng ini. Ternyata nasihat Hammada memang memberi munafaat besar kepada tentera Islam. Ziva yang cukup terlatih memakai topeng gas tersenyum melihat Redha memejam mata, menginjatkan kaki, mendongak kelangit, meninggikan hidungnya persis kucing terbau ikan goreng untuk menghirup udara segar. Meskipun bersisa Sulphur diudara, tetapi syukurlah angin musim dingin galak berhembus diruang-ruang kosong sekeliling mereka. Dapatlah mereka menghirup udara dingin yang segar. Zubir turut menanggalkan topeng gas, di selatan Thailand mereka hanya merendamkan kain serban ke dalam air dan memakai google dalam mengatasi gas pemedih mata dari menyentuh wajah mereka. Dengan topeng gas ini mungkin lebih efisyen, namun siapalah yang mampu membekalkan topeng sebegini kepada orang-orang kampungnya. Hanya Allah sahaja yang mampu melindungi mereka dari Siam perut hijau itu. Kalau panjang umur Zubir akan menyuburkan semangat jihad dikalangan kawan pondoknya untuk berjihad dengan cerita peperangan ini. Kalau tak syahid lah.
Redha tidak menunggu lama untuk menstabilkan udara persekitarannya. Hatinya masih berdebar-debar kencang selagi mana adiknya tidak dijumpai. Dia tahu ziva melemparkan senyuman kepadanya sebentar tadi, tapi gusar hatinya tidak mampu membalas sedeqah gadis secantik ziva buat masa ini. Ziva tidak berkecil hati, malah ia lebih dari faham, ini bukan masanya untuk rajuk dan pujuk ini adalah peperangan. Sekiranya peperangan ini gagal dimenangi maka rajuk dan pujuk bakal jadi tangis dan raung. Lagipun Ziva yang berpangkat Pakad tidak pernah berasa hati dengan gurauan rakan-rakan, baik semasa dalam infantry ke enam mahupun dalam briged AlAyyubi.
Mereka meneruskan perjalan dalam gerak berlari anak. Sungguhpun Ziva telah pasti tiada gerakan susulan dari tentera berjalan kaki Yahudi, namun bimbang taktik mereka berubah pada hari ini, ia berterusan mengawasi persekitaran bangunan dibelakang Redha. Redha mendahului kumpulan 3 orang ini untuk misi menyelamat briged Al-Afghaniy. Zubir juga seperti Ziva berlari-lari anak menuruti jejak Redha yang semakin laju dihadapan. Bimbangkan nyawa Razeen membuatkan Redha lupa akan keselamatan dirinya. Namun beliau pasti Ziva dan Zubir pasti melindunginya kalau-kalau tentera Yahudi tiba-tiba menyerang. Fikirannya berkecamuk memikirkan apa yang bakal ditemuinya nanti di Saidah Zainab.
------------------------------
Razeen merasakan tentera Yahudi telah meninggalkan kawasan itu, perlahan-lahan tangannya meraba-raba kaki, terasa basah dan sedikit likat memaliti seluar khakinya. Dalam keadaan baring tangannya dibawa ke arah mata untuk melihat apakah cairan yang berada dikakinya. Ya Allah ianya adalah darah, darah akukah ini, kenapa aku tidak merasa sakit walau sedikitpun, adakah aku sudah mati sebab itu aku tak merasa sakit. Mungkin mati syahid tidak sakit. Tapi Rasul SAW kekasih Allah pun turut merasa sakit bagaimana aku yang biasa-biasa ini tidak merasa sakitnya maut. Matanya memandang langit, cerah dan tiada litupan awan, indah seperti selalu. Kemudian ia menoleh kearah kanan. Azizun sedang melihatnya dengan mulut yang tersenyum, Razeen membalas senyuman Azizun yang murah dengan senyuman. Waktu-waktu sebegini pun masih mampu meraut senyum, Namun ada kelainan pada senyuman si Azizun kali ini. Rifki cuba menggagahi badannya untuk bangun dengan menupang siku agak sukar untuk berdiri ketika
Monday, October 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment