
Semua mata tertancap kepada pn sunita, seketika keadaan dalam dewan bicara sunyi sepi, tiada lagi bunyi bisikan, omelan atau dengusan akibat bosan yang amat sangat. Tuan Yusri menghentikan jari jemarinya yag sejak tadi mencatat ke atas kertas catatan yang paternnya tidak pernah berubah dari zaman dahulu kala. Kepalanya ditundukkan sedikit supaya penglihatannya tidak terhalang cermin mata yang berbingkai putih, itu fesyen masakini, seorang Hakim sayugianya mengikut perkembangan zaman, ini bukan zaman tok kadi dulu-dulu. Cermin mata zaman dulu bingkainya plastik mendakap kaca yang berat lalu meninggalkan kesan di pangkal hidung. Kini semuanya plastik, mudah ringan dan bergaya.
Halim memegang bibir kot dengan kedua-dua belah tangannya, lalu menjerut kedada beningnya seolah-olah mahu mencari keyakinan untuk memulakan soal balas kepada Plaintif. “Hari ini adalah hari aku” getus hati Halim mencari pedal kayuhan hari ini. “Bismillahirrahmanirrahim... Dengan izin Yang Arif!”
“Puan kata dalam keterangan utama nombor 10, suami puan kerja tak tetap kadang-kadang kerja sawit, kadang-kadang kerja kontrek, kalau saya katakan sebelum kahwin dia ada kerja tetap setuju tak.?”;
“Tak setuju”ujar Sunita ringkas, ia telah diajar untuk menjawab yang ditanya sahaja.
“Kalau saya katakan suami puan pernah kerja sebagai mandur?;
“Setuju”
“Jadi Puan setuju dia kerja sebagai mandur”;
“Tapi sekejab sahaja” tertunduk-tunduk Sunita mengarahkan mulutnya ke arah mikrofon, biar Hakim dengar dengan jelas.
“Sepanjang tempoh perkahwinan dengan suami, dia kerja sebagai buruh, nelayan dan bawa lori betul?”;
“Betul”.
“Kalau saya katakan pekerjaan yg dibuat adalah untuk menanggung puan dan anak-anak setuju?”;
“Tak”. Sunita menjawab acuh tak acuh, kurang pasti ia dengan jawapannya itu, tapi ia perlu menjawab dengan cepat supaya Hakim nampak beliau menjawab dengan yakin.
“Kalau saya katakan semua kerja sesuai dengan kudrat dan kelulusan beliau”?;
“Setuju”.
“Apa kelulusan suami puan?”;
“Dia takat spm sahaja”
“Dalam tempoh perkahwinan dia melakukan banyak pekerjaan dia mampu memberikan kebahagian kepada isteri dan anak?.”;
“Saya setuju”
Dada Halim dikembangkan, bahunya dinaikkan “I hit the jackpot!” getus hati Halim riang, akhirnya Sunita mengakui kerja yang dilakukan suaminya adalah untuk memberi nafkah kepada diri dan anak-anak.
“Kalau saya katakan dia telah berusaha sehabis baik untuk bagi nafkah kepada puan dan anak-anak setuju tak?”; Halim mengerutkan dahi dan memberi penekanan pada perkataan di hujung soalan agar Sunita goyah dan memperakui bahawa suaminya memang berusaha mencari nafkah.
“Kerja sungguh-sungguh tapi nafkah untuk keluarga tak banyak mana.” Ujar Sunita mencebik tetapi tidak menjuih seperti yang dibuatnya selalu apabila bersama rakan sesidangnya. Sunita sedar dirinya terperangkap dalam jaringan soalan Halim.
“Puan kata dalam soalan 19 selalu bergaduh, dia kerap pukul puan, kalau saya katakan pergaduhan berpunca dari puan setuju?”; Halim memancing lagi, kali ini lebih agresif.
“Tak” sambil Sunita menggeleng-gelengkan kepala, keningnya dikedutkan rapat dan naik ke atas. Ekspresi wajah penuh penafian.
“Kalau saya katakan dia pukul bantai sebab puan yang provoke dia?”; kali ni Halim bukan setakat memancing tapi merejam serampang ke arah Sunita yang sepertinya sitting duck di papan sasar funfare.
Asyikin bangun, “Yang Arif soalan tidak difahami oleh anak guam, mohon tukar soalan lain.” Asyikin menyedari pelanggannya semakin tersepit, dan dia mesti melakukan sesuatu agar pelanggannya sedar, pelaburannya dalam kes ini adalah berbaloi.
“Maaf Yang Arif, saya ulang sekali lagi, dia pukul puan sebab puan yang merangsang dia”
“setuju” bahu Sunita jatuh, kerusi yang didudukinya tadinya selesa, kini sudah hangat pijar rasanya.
“Saya katakan puan pernah acukan pisau pada dia setuju tak?”;
“Setuju” malas sudah Sunita nak berdolak-dalih.
“Saya katakan puan pernah ketuk suami pun dengan senduk setuju?”;
“Setuju.” Matanya memandang meja saksi dengan pandangan kosong, kepalanya mengingat kembali peristiwa itu.
“Puan kata parut didahi puan digigit oleh suami puan?”;
“Betul”
“Kalau saya katakan kejadian akibat puan tarik kemaluan dia setuju?”;
“Setuju.” Suaran Sunita semakin perlahan, kepalanya dijauhkan sedikit dari mikrofon.
Hakim memandang kertas catatannya sambil tangannya pantas menarikan pen diatasnya, dia adalah tukang catat yang mempunyai gaji yang termahal. Dan pada hari ini dan pada hari lainnya dia terus mencatat, dengan tulisan yang kadang-kadang dia sendiri tidak faham. Kali ini catatannya dipastikan difahami bila dibaca di lain masa kelak.
“Kalau puan selalu maki hamun suami puan setuju?”; Halim tidak membiarkan masa kosong bagi mengelakkan imaginasi dia, Hakim, jaga mahkamah, pembantu dan setiap insan yang mempunyai telinga dalam mahkamah terbuka membuat pelbagai andaian liar dengan kenyataan tadi
“Saya tak setuju.”
“Kalau saya katakan puan bukan lagi seorang isteri yang taat lagi setuju?”;
“Saya rasa saya taat”
“Dalam keterangan utama soalan 21 puan nyatakan suami jarang sembahyang tak puasa, kalau saya katakan baru-baru ini puan ada solat berjemaah dengan suami setuju?”;
“Setuju.”
“Pn dan suami masih tinggal serumah sekarang?”;
“Betul.”
“Pn kata suami tak hormat pada ibu bapa dan adik beradik?”;
“Betul”
“Kalau saya katakan mereka banyak campurtangan setuju tak?.”
“Tak setuju”
“Kalau saya katakan puan lebih ikut keluarga puan lebih dari kata suami?”;
“Tak setuju.”
“Selanjutnya puan, puan kata suami puan (rujuk soalan 24), suami ada mohon dapatkan rumah 3 bilik, kalau saya katakan dia mohon untuk keselesaan puan dan anak-anak, setuju?”;
“Setuju tapi saya yang bayar, nama-nama dia.”
“Puan kerja sebagai operater pengeluaran, boleh bagitau waktu bekerja?”;
“3 pagi 3 petang, 3 sampai 11, 11 malam 7 pagi kalau ot 7 pagi 7 petang.
Ada 3 shif untuk kerja biasa”
“Apa yg puan lakukan dalam waktu kerja?”;
“Saya jaga pengeluaran mesin untuk tisu”.
“Kalau saya katakan puan tertekan dengan kerja sebab tu puan minta cerai?”;
“Tidak.”
“Kalau saya katakan atas desakan keluarga puan setuju?”;
“Tidak”
“Itu sahaja soalan saya, Yang Arif” Tangan kiri Halim terkapai-kapai kerusi dibelakangnya mahu ditarik rapat untuk melabuhkan punggung yang menampung jasadnya. Jasad yang berjuang untuk kebenaran hari ini.
Asyikin bangun memainkan peranan yang dia dibayar untuk melakukannya, Yang Arif mohon tarikh bicara baru untuk pihak kami teruskan dengan soal semula keterangan utama Plaintif. Dagunya dilangut-langutkan kepada Mazli pembantu mahkamah yang terselak-selak planner Hakim. Biar dapat tarikh dekat sikit, “pandai sungguh halim manipulasi Plaintif” siap la kau lepas ini.


