Thursday, November 26, 2020

ME (STRAW TO CLUTCH FOR)

Lahir di Baling Kedah, mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Maahad Al-Ehya Assharif Gunung Semanggol, Bagan Serai, Perak. Kemudian memperolehi Sijil 4 Sanawi di Sekolah Menengah (A) Izzuddin Shah Ipoh sebelum melanjutkan pengajian Sarjana Muda Syariah di Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir (1999). Seterusnya memperolehi Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam dari UKM (2004).

Mula menulis sebagai sub-editor dan penasihat di content management Mukmin.com Sdn.Bhd, sebuah laman web portal Islamik sejak tahun 2000. Memasuki bidang perundangan sebagai Pegawai Sulh (Mediator) di Mahkamah Syariah Hulu Langat pada April 2002 dan ditauliahkan sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor pada tahun yang sama. 

Pernah menjawat sebagai Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie, Pegawai Perhubungan dan Pengaduan Awam dan menanggung kerja Pendaftar di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) sepanjang tempoh 8 tahun di negeri Selangor. Semasa berada di JAKESS karya penulis berkenaan syariah dan undang-undang pernah diterbitkan secara berkala dalam Majalah  MAIS. 

Pada November 2009 berkhidmat sebagai Pendakwa Syarie di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan beramal di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mulai Mac 2010 bertugas sebagai Penolong Kanan Syariah di Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor. Beramal sebagai Peguam Syarie Persekutuan untuk Mahkamah Rayuan Syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor hingga ke Mahkamah Rendah Syariah. 

Mengisi slot ‘Adam’ dan ‘Faraid’ on-air di Radio Malaysia Johor secara mingguan sejak tahun 2015 hingga Ogos 2017 sebelum ditempatkan ke Mahkamah Syariah Negeri Melaka sebagai Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie. Mendapat tauliah Hakim Mahkamah Rendah Syariah sepanjang berkhidmat di Melaka. Berpengalaman menyelidik dan menulis draf Alasan Penghakiman untuk Ketua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. 

Pada Oktober 2019 mula bertugas sebagai Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dah hadir ke Mahkamah sebagai Peguam Persekutuan dalam kes ligitasi sehingga kini.  

Monday, November 23, 2020

A BOOK I DREAM OF

Belum ada tajuk tapi inilah dia punya raw synopsis. harap akan jadi realiti 

1. Ia ibarat memasuki hutan rimba, tanpa apa-apa pengetahuan dan peralatan kelangsungan hidup. Anda berseorangan, tiada teman. Dibalik pokok mungkin ada pemangsa yang anda hanya pernah lihat dalam program Discovery Channel. Beberapa jam lagi matahari akan tenggelam, namun suasana dibawah kanopi pokok bersaiz agam, sejuknya telahpun menyucuk-nyucuk. Tiada jaket, tiada selimut, tiada khemah, tiada apa-apa. Anda pun tak tahu samada boleh melihat hari besok atau tidak? 

 2. Begitulah gambaran ketika baru masuk kerja. Bimbang, takut tidak diterima, adakah kerja yang akan dibuat betul, bagaimana nak hadapi kalau tak boleh buat. Pemangsa itu adalah board of director, pengetahuan dan peralatan itu umpama rencana dalam Discovery Channel. Matahari itu adalah semua pesanan dan tips yang kita tidak pernah endahkan sewaktu di universiti, kanopi yang melindungi cahaya itu adalah senior colleague yang kalau tidak kena caranya adalah pembunuh karier anda seawal pucuk rebung. Jaket, selimut, khemah adalah auxillary yang perlu ada sebelum masuk dalam bidang pekerjaan. Ia adalah pengetahuan tentang excell, basic design, kemahiran berkomunikasi. Inilah ikhtiar hidup anda … Cuma untuk memastikan keberadaan dalam kerjaya pada hari esok.

3. Buku ini ditulis untuk sesiapa sahaja yang akan memasuki alam pekerjaan yang baru atau berpindah kerja.

4. Saya pernah melihat beberapa masalah yang dihadapi oleh pekerja baru (intern) malah masalah yang serupa kadang-kadang hinggap juga kepada pekerja yang sudah lama. Ini mungkin masalah tepu atau ada masalah peribadi.

5. Masalah ini jika tidak diatasi, bukan sahaja akan menjejaskan industri malah akan memakan diri sendiri, sedangkan pekerjaan adalah sumber kelangsungan hidup bagi yang memilih untuk kerja makan gaji.

6. (the idea is untuk bagaimana mengaplikasi survival hidup dalam hutan dalam suasana di pejabat. Prinsip prinsip survival yang boleh membantu bina semangat dan kewajaran untuk berada di posisi dalam pekerjaan)

Gambar- orang pakai pakaian pejabat dalam deep jungle)

7. Akan ada beberapa Idiom @ perumpamaan baharu dan lama untuk menarik bab ke satu bab.