Belum ada tajuk tapi inilah dia punya raw synopsis. harap akan jadi realiti
1. Ia ibarat memasuki hutan rimba, tanpa apa-apa pengetahuan dan peralatan kelangsungan hidup. Anda berseorangan, tiada teman. Dibalik pokok mungkin ada pemangsa yang anda hanya pernah lihat dalam program Discovery Channel. Beberapa jam lagi matahari akan tenggelam, namun suasana dibawah kanopi pokok bersaiz agam, sejuknya telahpun menyucuk-nyucuk. Tiada jaket, tiada selimut, tiada khemah, tiada apa-apa. Anda pun tak tahu samada boleh melihat hari besok atau tidak?
2. Begitulah gambaran ketika baru masuk kerja. Bimbang, takut tidak diterima, adakah kerja yang akan dibuat betul, bagaimana nak hadapi kalau tak boleh buat. Pemangsa itu adalah board of director, pengetahuan dan peralatan itu umpama rencana dalam Discovery Channel. Matahari itu adalah semua pesanan dan tips yang kita tidak pernah endahkan sewaktu di universiti, kanopi yang melindungi cahaya itu adalah senior colleague yang kalau tidak kena caranya adalah pembunuh karier anda seawal pucuk rebung. Jaket, selimut, khemah adalah auxillary yang perlu ada sebelum masuk dalam bidang pekerjaan. Ia adalah pengetahuan tentang excell, basic design, kemahiran berkomunikasi. Inilah ikhtiar hidup anda … Cuma untuk memastikan keberadaan dalam kerjaya pada hari esok.
3. Buku ini ditulis untuk sesiapa sahaja yang akan memasuki
alam pekerjaan yang baru atau berpindah kerja.
4. Saya pernah melihat beberapa masalah yang dihadapi oleh
pekerja baru (intern) malah masalah yang serupa kadang-kadang hinggap juga
kepada pekerja yang sudah lama. Ini mungkin masalah tepu atau ada masalah
peribadi.
5. Masalah ini jika tidak diatasi, bukan sahaja akan menjejaskan
industri malah akan memakan diri sendiri, sedangkan pekerjaan adalah sumber
kelangsungan hidup bagi yang memilih untuk kerja makan gaji.
6. (the idea is untuk bagaimana mengaplikasi survival hidup
dalam hutan dalam suasana di pejabat. Prinsip prinsip survival yang boleh
membantu bina semangat dan kewajaran untuk berada di posisi dalam pekerjaan)
Gambar- orang pakai pakaian pejabat dalam deep jungle)
7. Akan ada beberapa Idiom @ perumpamaan baharu dan lama
untuk menarik bab ke satu bab.
No comments:
Post a Comment