Sunday, January 31, 2021

THE UMBRELLA SELLER (Si Penjual Payung)



1. Cerita mengenai kes poligami scam yang menjadi topik perbincangan nasional pada akhir 2020. Sewaktu pandemik yang melanda, tiba tiba negara digemparkan dengan kisah seorang isteri yang diperdaya oleh suaminya dengan memohon poligami di mahkamah, tetapi perintah kebenaran yang diperolehinya adalah salah dari prosuder.

2. saya teringat mengenai satu kes penipuan wang (scammer) di afrika. bukunya terbit tetapi tak ingat apa judulnya. kisah itu menarik pembaca, meskipun modus operandi tersebut berlaku disebuah kampung yang sesiapapun belum pernah sebut kecuali bagi yang membaca novel tersebut. Nanti saya tunjukkan. Apa yang menjadikan buku ini sensasi itulah yang sedang dikaji.

3. Novel ini akan dibawakan dari sudut pandang seorang peguam yang cuba untuk menjadi pengamal undang undang yang jujur, tetapi akhirnya terciduk dengan kehendak lelaki yang teringin berbini ramai. Bukanlah haram tetapi cuma salah disisi undang-undang.

 

4. Kenapa Penjual Payung. Ini sebab ada pendapat menyatakan berkahwin poligami itu seumpama memberikan payung emas kepada isteri tua. pahalanya gitu. walhal qaul tersebut belum tentu sahih dalilnya. Yang penting sekitar pahala atas kesabaran penggiliran dan menerima kasih sayang suami, itu beroleh pahala, tapi dalam bentuk payung emas, itu belum tentu. Tapi itulah modalnya.

5. akan ada sekitar 10 ke 15 plot dan berakhir dengan ..... . cerita akan ada effect hukum syarak, undang-undang, psikologi isteri tua, isteri muda, si suami, peguam dan scammer. Hasil dari pengalaman beramal di segenap bidang perundangan syariah. Cuma belum jadi scammer aja lagi.

cover cadangan akan minta tolong syam design

6. sneak preview ".... "Habis tu Allah dah halalkan dalam Quran, kenapa nak perlu susah-susahkan?, inilah ulamak sekarang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram, masuk neraka semua tu", ujar Halim sambil mendengus-dengus mengepal penumbuk yang tidak pernah kena sasaran. Peluh merecik-recik keluar dari liang roma Halim. Ibarat makan laksa yang kuahnya masih panas, terpepak pula cabai melaka, begitulah perpeluhan itu berlaku. Khairi melihat Halim umpama singa di medan perang, bersemangat sungguh bila membincangkan bab poligami. Kalau dibantah hujahnya di masa ini mau melayang penumbuk percuma tadi."

7. Kenapa terjadi scam poligami, kenapa sampai perlu menipu isteri tua, kenapa undang-undang dibuat sedemikian?, kenapa isteri tua perlu beri kebenaran atau kalau tak bagi kebenaran bolehkah poligami juga?. Apa hak isteri tua dan isteri muda.

8. Buku ini akan mengajar literasi undang-undang tanpa menyentuh personal dalam industri. Memberi pencerahan tentang hukum berpoligami, efek perkahwinan luar negara tanpa kebenaran, anak terhasil dari perkahwinan luar negara yang tidak sah, pernikahan poligami terhadap anak yang lahir kuasa perwalian bagi anak yang lahir tanpa akad nikah yang sah dan bermacam macam lagi kesan sampingan yang ramai tidak menduga.

9. Tanpa menyentuh hierarki mahkamah syariah sedia ada, penulis akan memberikan hirarki bayangan supaya tiada mana-mana pihak boleh menuding jari. Bagi pembaca berfikiran matang mungkin boleh menangkap apa maksud penulis hasil dari pembayang yang diberikan.

10. Buku akan cuba disiapkan semasa isu scammer ini masih panas. Penulis akan menulis hasil dari pengembaraan ke selatan thailand, bacaan Jurnal Hukum kes nikah palsu di Perak, pengalaman menjadi Hakim, Peguam, Mediator, Pendakwa, Pegawai Sulh cuma belum pernah rasa poligami.  

Abu Razeen.


No comments:

Post a Comment