Friday, January 22, 2010

marking the first entry


...mata nori bentuknya bundar, namun tidak sedikitpun mencatatkan rupa paras penuh keriangan dihati roza. baju bertanah coklat berbelang-belang menonjolkan warna kesukaannya, coklat cerah umpama dedaunan birch mengering di musim gugur. Puas bercerita mengenai buku kegemaran masing-masing kedua-duanya menanam azam untuk menerbitkan buku masing-masing. Nori cukup menyukai e-book dan berjanji untuk mengirimnya melalui emel kepada Roza. Roza pula berjanji akan menerbitkan sekurang-kurangnya 3 buku. Pertamanya mengenai isu semasa, kemudian novel serius dan ketiganya novel remaja. Memang hajat dihati Roza mahukan Nori menterjemahkan kepada bahasa Inggeris. Tapi perlu meneliti kehendak pasaran bahasa Melayu terlebih dahulu. Kalau box office barulah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris. Mata Nori ditatapnya tanpa jemu, tapi tidak mahu terlalu ketara sangat Roza pura-pura melontarkan anak matanya kesudut lekuk-lekuk wajah Nori yang lain mencari kecacatan atau mencari sebab untuk mula membenci, namun hatinya tetap memacu retina ini tertancap dalam anak mata milik insan yang pernah bertakhta dihatinya, meskipun sebentar.

"I nak ambil CLP!" ujar Nori sambil bibirnya bergerak mencari straw pepsi. Sama macam dulu, dasar pemalas, mahu sahaja kuambilkan straw itu dan disuakan ke mulutnya. Tidak berubah, ya tidak berubah! sejak kenal dengan Nori, Roza tak sangka hubungan mereka akan berpanjangan sehingga ke hari ini. Sewaktu mula bersua muka, Nori hanya seorang lagi gadis berpendidikan UK yang sudah pasti tiada ruang langsung untuk difikirkan. Malah Roza seolah-olah tidak tahu kewujudan Nori dipejabat. Maklumlah pada masa itu, tumpuan lebih diberikan kepada persoalan kerja. Roza hampir terlupa bagaimana dan bila mereka mula berbicara. Pada waktu itu kedua-duanya dalam keadaan semangat untuk bekerja, soal hati dan perasaan tidak masuk topik langsung.

... afew years before..

Kalau tak kerana prasangka buruk dari rakan-rakan mahu rasanya Roza tinggal dirumah malam itu. Eddie beria-ia benar mahu menghadiri majlis perkahwinan Nori. Mereka berjanji akan bertolak dari pejabat. Agaknya inilah langkah paling berat pernah Roza buat dalam hidup ini. Seolah mahu menuju kearah guillotine. Alat pemisah antara hidup dan mati. Dan malam ini guillotine akan memutuskan perasaan hidup Roza terhadap Nori, guillotine itu letaknya di Kelab Shah Alam di atas bukit. Bukankah bagus pada masa ini Roza tidak mengenali Nori, ini semua satu kesilapan. Kenapa mesti mereka bertemu mempunyai perasaan dan kemudian dipisahkan. Allah lebih mengetahui segalanya.

Kini..

"I nak kawin, rasanya kalau boleh biar dapat bersamaan dengan tarikh harijadi I". Ringkas sahaja pernyataan Nori dengan muka kosong, meneka-neka reaksi Roza. Roza kelu, 'apa perlu aku jawab?' Selalunya Roza ada sahaja perkara yang boleh dijawab lantaran mereka mempunyai banyak persamaan. Tapi kenyataan kali ini rasanya bukan lagi persamaan jauh pula dari sangkaan. Kepalanya ligat mencari bentuk reaksi yang sepatutnya diluahkan, sesuai dengan berita yang baru diluahkan oleh Nori. Ini bukan kali pertama Nori menyuarakan hasratnya untuk berkahwin lagi, tapi Roza sendiri pernah mendesak supaya Nori berkahwin kerana wanita secantiknya tidak harus dibiarkan berseorangan. Banyak dugaan dan cabaran dan Roza sendiri sedar ia tidak mampu untuk sentiasa berdiri disamping Nori. Biar ia berkahwin dan nanti orang yang dikahwininya akan menjaga dia dan Nori akan mendapat pembelaan sewajarnya. Dari seorang suami yang mampu menjaga dan membimbingnya dunia dan akhirat.

Pemikiran itulah yang selama ini cuba disemai dalam perasaan Roza. Satu bentuk pelarian (escapsm) dan membuang rasa bersalah kerana tidak bertindak satu masa dulu. Tapi hari ini bila Nori meluahkan rasanya untuk berkahwin kenapa Roza rasa kosong, terlalu kosong dan luas, kemudian seperti vakum yang mencari habuk-habuk perkataan untuk menjawab pernyataan Nori. Ceria hatinya bertukar bagai gerhana tiba-tiba. Kenapa harus jadi begini, untuk seketika Roza termanggu seketika. "Aku kena tunjukkan wajah gembira, ya gembira sebab ia telah menemui calon hidup" Ya calon hidup bersama supaya aku tak perlu susah-susahkan diri merisaukan dia". Terasa ketat dikedua-dua penghujung bibir Roza sewaktu menarik senyum paksa. Harap-harap dia tak perasan senyum aku ini?. Akhirnya senyum kelat berjaya dipamerkan. Sambil matanya cepat-cepat dilorotkan jauh dari wajah yang amat dikenalinya.

Nori yang bijak membaca body language terasa meluat melihat senyum Roza yang dibuat-buat, palsu dan langsung tak ikhlas. "I tahu, U tak payah nak sorok-sorok, macam tak suka saja". "Sudahla U memang fail kalau berlakon". Memang Roza bab hati dan perasaan mudah dibaca melalui riak wajahnya. Walaupun puas ditelaah buku kaunseling namun untuk merahsiakan hati dan perasaan sebenar bukanlah satu kemahiran yang boleh dipelajari sehari dua.




Time, sometimes the time just slips away
And your left with yesterday
Left with the memories
I, I´ll always think of you and smile
And be happy for the time
I had you with me
Though we go our seperate ways
I won´t forget so don´t forget
The memories we made

Please remember, please remember
I was there for you
And you were there for me
Please remember, our time together
The time was yours and mine
While we were wild and free
Please remember, please remember me

Goodbye, there´s just no sadder word to say
And it´s sad to walk away
With just the memories
Who´s to know what might have been
We´ll leave behind a life and time
I´ll never know again

Please remember, please remember
I was there for you
And you were there for me
And remember, Please remember me

Please remember, please remember
I was there for you
And you were there for me
Please remember, our time together
The time was yours and mine
While we were wild and free
Then remember, please remember me

And how we laugh and how we smile
And how this heart was yours and mine
And how a dream was out of reach
I stood by you, you stood by me
We took each day and made it shine
We wrote our names across the sky
We ride so fast, we ride so free
And I knew that you had me

Please remember, please remember

1 comment:

  1. hmmm.... kenapa lah roza tuh tak luahkan saja hasrat hatinya pada nori.... ceh... nih leh wat episod seterusnya nih... hehehe.... ;)

    yg tak tahan... sajak tuh mmg dasyhat... saya baca penuh perasaan.... hahaha....

    tahniah nukilan tuan... ;)

    ReplyDelete