Saturday, January 23, 2010

Entry 2


“OOO.. ! Baguslah dah jumpa orangnya?”. Roza memecah kebeningan yang menepu jiwanya secara tiba-tiba. “Patutnya aku gembira! Dengan pengkhabaran ini” getus hati kecil Roza. Nori menjawab “sudah”. Mata Roza yang meleret jauh masih belum mampu kembali ke tasik mata Nori yang selalunya memberi kedamaian dan keceriaan di hatinya. Meskipun Nori mungkin tidak tahu sebanyak mana perasaan Roza terhadap dirinya tetapi dia tetap boleh membaca riak gerak geri Roza. “Aku tidak mahu menatapnya lagi” disudut gelap ruang hari Roza membungkam. Hatinya sudah ada pada yang lain, dan aku tidak perlu tamak dengan kasih sayang. Ini semua hanya mainan hati dan perasaan tidak sepatutnya aku tergelincir dan tersungkur. Sebagai seorang rakan, sahabat atau apapun gelarannya aku sepatutnya kuat dan sentiasa menyokong Nori walau apapun pilihan hatinya. Kan baru tadi Roza mengungkapkan “Nothing comes between us” tapi kenapa sekarang Roza merasa ungkapan itu sudah tidak relevan lagi buat masa ini.


Aku mesti buat sesuatu supaya Nora tidak nampak kehendak sebenar perasaan aku ini. “Ni I nak cerita pasal office politic nak dengar tak?” secara tiba-tiba idea ini menerjah fikiran Roza dan tanpa meluangkan masa sedikitpun idea dihamburkan kepada Nora. Dan seperti yang diagak Nori sentiasa bersedia mendengar apa sahaja cerita Roza. Kerana itulah ikatan persetujuan tidak bertulis antara mereka. Setuju untuk mendengar antara satu sama lain, apa jua topik kecuali dinyatakan sebaliknya. Nori mengangguk setia tanpa matanya dialihkan dari mata Roza, dan seperti yang diduga bibirnya masih tidak melepaskan straw pepsi. “Kalau ye pun lepaskanlah straw tu”, kata-kata itu tak mampu dilepaskan dari anak tekak Roza, namun ia senang melihat tindakbalas Nori, ini tandanya dia dalam keadaan selesa. Atau dia memang seorang pelakon yang hebat. “Dulu masa kat ofis lama selepas ofis mula-mula tutup I ada belajar banyak perkara, yang tidak dapat dilupakan adalah Abang Din.” Roza memulakan cerita.


“Yang ini pasal hubungan antara bos dan staff, Abang Din ni merupakan seorang eksekutif kanan bahagian operasi. Dia merupakan seorang yang berdedikasi terhadap kerja. Boss amat mempercayainya sehingga diberi amanah untuk memantau setiap projek pembangunan yang diperolehi syarikat.”. “Tapi yang peliknya setiap kali habis mesyuarat Boss akan memanggil Abang Din untuk makan dan setiap kali itulah Abang Din akan menolaknya.” “Mungkin Abang Din orangnya yang bersifat pemalu atau memang lepas habis mesyuarat ia akan melepaskan gian merokoknya disudut yang lain jauh dari Boss dan lain-lain pengarah.” Nori memandang Roza tanpa berkedip dalam erti kata lain memberi sepenuh perhatian terhadap cerita Roza.


Roza membalas pandangan Nori dan pada masa yang sama pandangannya tembus ke dalam pemikiran Nori dengan harapan Nori tidak akan tahu maksud cerita ini. Roza menghembuskan nafasnya sekali sambil tersenyum. “Cepatlah cerita, tak best la cerita tersangkut-sangkut macam ni” Nori merengek-rengek kerana melihat Roza seolah-olah cuba mempermain-mainkannya dengan cerita yang entah betul entahkan tidak ini. Roza menyambung cerita “Ok Ok! Saya pun hairan kenapa Abang Din tak pernah nak duduk makan semeja dengan Boss apabila selesai mesyuarat. Apa jenis pantang larang yang dia pakai sedangkan Boss lebih mempercayainya lebih dari eksekutif yang lain.


Rupa-rupanya Abang Din mengamalkan satu pepatah. “Jauh jangan sampai tak nampak, dekat jangan sampai kena penampar”. Ini perumpamaan baru, pertama kali didengar oleh Roza, bunyinya seperti kasar namun ianya amat berguna dalam konteks politik pejabat. Abang Din pernah menerangkan maksud peribahasa pribadinya ini. “Kalau dengan boss ini jangan terlalu rapat, nanti lama-lama orang akan syak macam-macam, lagipun Abang Din nak bagi peluang kepada Eksekutif junior untuk lebih rapat dengan Boss”. “Nanti kalau Abang Din tak ada, bolehlah mereka meneruskan kerja Abang Din tanpa perlu diajar lagi. Sebab mereka boleh tanya terus dengan Datok”. “Namun dalam berenggang dengan boss, jangan pula sampai tak nampak batang hidung, itu membahayakan diri”. Abang Din tetap buat kerja dan sentiasa mengagak keperluan Boss dan menyediakan kehendak Boss sebelum diarahkan. Akhirnya walau tidak makan semeja dan berada dipejabat sepenuh waktu., Abang Din tetap menjadi rujukan Boss.


“Jadi dengan menggunakan pendekatan yang sama I ada pepatah untuk kita”, ujar Roza dengan penuh yakin. Pepatah itu telah difikirkan sejak beberapa hari yang lepas dan menunggu hari yang sesuai untuk dikemukakan. “Apa dia?” Nori bertanya penuh dengan minat sambil membesar matanya dan mengangkat kening tanda ingin tahu. “Jauh jangan sampai tak ingat, dekat jangan sampai melekat” Ungkapan yang lahir dari jiwa sastera Roza di tuturkannya dengan penuh berhati-hati, agar mendapat tempat di hari Nori. Hampir tersedak Nori dengan roti yang dimakannya lalu cepat-cepat ditutup mulutnya yang seperti mahu meletup, geli hati mendengar pepatah Roza yang ganjil bunyinya. Roza menikmati saat itu, seolah-olah inilah kali terakhir beliau akan menyaksikan insan istimewanya gelak yang ditahan-tahan. Dalam waktu sebegini Nori masih sempat mengawal ketawa daripada pecah dihadapan Roza. Sebelum Nori meluahkan perasaan geli hatinya pada hari itu Roza sempat merakamkan saat senyuman Nori yang dibarisi gigi yang tersusun rapi dan rona-rona putih wajahnya disimbahi merah darah naik kemuka. Sepantas itu juga Nori menutup sebahagian mukanya dengan tangan sambil menoleh kearah kanan bagi mengelak makanan didalam mulutnya terhambur keluar.


“Kenapa sampai melekat?” perkataan yang pertama keluar dari mulut Nori setelah beliau dapat mententeramkan dirinya dari pepatah ganjil yang baru diluahkan oleh Roza. Ketawa Nori kali ini berjaya menggembirakan hati Roza yang pada awalnya bagai disentap apabila tersentuh isu perkahwinan tadi. Roza mahu lupakan isu itu biar dilontar jauh-jauh. Kotak pikirannya ditutup rapat-rapat seolah-olah tidak mahu menerima hakikat yang dinyatakan oleh Nori. Bukankah otak kita ada pilihan samada mahu menerima atau tidak sesuatu maklumat. Pada saat ini otak Roza telah memagari maklumat sepedih limau nipis yang seakan digosok ke hati Roza yang telah luka.


“Iyelah melekat, awak tahu maksud sayakan? Atau carilah sendiri, kan awak lebih bijak menafsirkan sesuatu dari saya”, Roza cuba bermain teka-teki. Putih kemerahan wajah Nori masih belum reda,mata mereka tertancap seketika namun Nori gagal menyudahkan senyum geli hati pada hari itu. "I rasa I tahu maksudnya, maksudnya bersama tak semestinya sentiasa dekat-dekat kan?" kata Nori yang suka menafsirkan perasaan orang. "Lebih kurang kot" Roza menjawab ringkas sambil cuba menyambung senyum yang kembali manis. Manis akibat melihat ketawa gelihati Nori dengan lawak buatannya itu. Mungkin bagi Nori ia adalah pepatah yang lawak, tapi ia mengandungi maksud yang mendalam bagi Roza. Ini adalah motta komunikasi kami sehingga tarikh harijadi Nori tahun ini. Kerana pada waktu tersebut Nori akan kahwin dan buat kesekian kalinya hati Roza berkocak lagi, entah berapa lamakah pula akan tenang.


Roza mahu meletakkan jarak parameter yang selesa buat mereka. Ini adalah satu permulaan untuk menjauhkan diri dari Nori secara baik dan berhati-hati. Roza faham walau bagaimana rapat mereka sekalipun, Nori mesti dilepaskan, Nori sudah meletakkan sasaran hidupnya. Dan sasaran itu bukanlah Roza tetapi orang lain yang mampu membahagiakan dirinya. Namun dirinya keliru."Mungkin benar kata Azhar aku ni salah faham" dan paling benar sekali kenyataan Nori "You tu suka perasan". "Betul ini hanyalah perasaan perasan aku" Roza membuat kesimpulan yang pahit. Semua ini adalah satu salah faham bercampur dengan perasan yang menghasilkan kesilapan, kesilapan yang berulang-ulang walaupun sudah Roza ketahui apa hukuman bagi kesilapan ini.


"Habis itu untuk apa semua rahsia hidup itu mahu dikongsikan bersama," Roza kembali dalam keadaan keliru, "mungkin aku cuma sudut escapsm, bila mana keadaan kembali tenang hidup mesti diteruskan dan sudut ini akan ditinggalkan sekali lagi, sudut ini akan wujud bila masa keadaan menjadi kusut, sudut ini tidak akan kemana-mana kerana sudut tidak mempunyai perasaan, ia hanya satu tempat luahan bukan tempat diletakkan simpati jauh lagi satu bentuk perasaan" Roza berfalsafah keseorangan. "Bukan semua orang seharusnya mempunyai sudut itu, dan aku sebagai seorang yang mesti memberi munafaat kepada orang lain, harus ikhlas memberi bantuan, ikhlas ertinya tidak mengharap apa-apa balasan. Bukankah perasaan adalah satu bentuk balasan, satu jenis perasaan pun aku tidak layak, kerana apabila kita mengharapkan perasaan dari orang lain, sekiranya tak dapat benda yang kita hajati maka kita akan jadi orang yang tidak ikhlas." Otaknya seolah bermain gimnastik kali ini. Cukup ligat sehingga tidak sedar waktu itu sudah hampir menjangkau pukul dua. Meskipun petang ini tiada sebarang kerja perlu disiapkan oleh Roza namun dia tidak seharusnya menahan Nori dari meneruskan kewajipan. Nori yang dikenalnya adalah orang yang komited apabila membuat kerja. Sedikit sebanyak memberi aspirasi kepada dirinya. Dan perkara terakhir yang Roza mahu jadi adalah satu bebanan kepada Nori, Roza mahu menjadi aset dan bukan bebanan. Ruang atau sudut meluahkan perasaan ada aset. Aset tidak seharusnya menjadi bebanan kepada pemilik. Jadi Nori mesti dilepaskan. "Aku tiada sebarang otoriti dalam hidupnya, mungkin sekadar memberi pendapat. Namun sebagai sudut sewajarnya aku diam dan mendengar sahaja." Roza takut untuk memberi solusi, kerana sebarang solusi tidak banyak sedikit akan terselit kepentingan dirinya. Roza semestinya dilihat neutral dan mementingkan kepentingan Nori sahaja. Apa yang terbaik untuk Nori adalah yang terbaik untuk dirinya, meskipun pilihan itu adalah belahan selumbar dihati Roza.


"I nak kena balik, ada laporan mesti disiapkan" bohong Roza, berpura-pura banyak kerja supaya Nori pun akan memberi alasan yang sama, akhirnya kedua-duanya merelakan pertemuan hari itu disudahi dengan ucapan terimakasih dan jumpa lagi.


“Boringlah kau tak ada?” ujar Azhar dengan penuh kepastian. “Apa pasal?” Roza teragak-agak isu yang akan ditimbulkan oleh Azhar. “Ye la, lepas ngko pergi sapa lagi yang nak jadi scapegoat”

1 comment:

  1. mmg best entry nih!!!! ;)

    jauh jgn sampai tak nampak... dekat jgn sampai kena penampar....

    jauh jgn sampai tak ingat.... dekat jgn sampai melekat....

    penuh pengertian pepatah tuh.... tiba2 terasa le plak! hehehe... ;)

    ReplyDelete