Matar qadim menyambut Roza, persis muzium lama yang tidak pernah dibersihkan atau lebih tepat lagi macam perkuburan firaun. Kawalan keselamatan begitu ketat sekali, mujurlah sekarang ni musim sejuk jadi bau-bauan yang kurang menyenangkan tidak menyengat mana-mana sudut tertutup lapangan terbang lama ini. Matar Jadid telah dijadikan kubu pertahanan pertama askar Mesir. Lantaran pengeboman yang berterusan selama sebulan menjadikan lapangan terbang itu seolah-olah tanah perkuburan. Landasannya rosak 70%. Tiada bantuan kemanusiaan yang tiba, janji-janji dunia hanya omongan kosong kuasa barat. United Nation hanyalah satu lagi hegemoni zionis bagi melaksanakan lagi dasar-dasar ketidak peri manusiaan mereka.
kalau diikutkan penerbangan tadi, bukanlah penerbangan yang terbaik dicatatkan oleh juruterbangnya. Roza redho sekiranya kapal terhempas sekalipun, namun niatnya telah jelas sekiranya kubu pertahanan Islam yang ini dijajah, maka langkah zionis untuk melebar luaskan kekuasaan mereka akan lebih cepat. Cepat menuju Mekah dan Madinah.
Monday, February 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment